Tuesday, July 6, 2010

GIMIK HARI GURU 2010 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN: SMT KEMAMAN KENA BUAT GIMIK













Akhirnya siap. Guru-guru yang terlibat dengan gimik bertungkus-lumus selama hampir sebulan memerah otak menyiapkan gimik diketuai oleh cikgu Atan.


KURSUS PEREALISASIAN PRODUK REKABENTUK: PELAJAR KM SMT KEMAMAN











Para pelajar 5KM sesi akademik 2009/2010 sedang menyiapkan produk rekabentuk masing-masing bagi memenuhi keperluan kerja kursus SPM 2010.

Wednesday, November 11, 2009

Doakan Kejayaan kami! : Pelajar 5KM1




12 Nov 2009 Khamis Pelajar 5KM1 berhimpun bersama guru tingkatannya, Cg Atan dihadapan bengkel KM sambil mengharapkan Allah swt mengurniakan kejayaan kepad mereka dalam peperiksaan SPM 2009.

MAJLIS RESTU ILMU, MENGHARUKAN!

Mereka bertiga berselawat mengiringi acara bersalaman antara pelajar dan guru

Calon SPM 2009 khusyuk mendengan amanat terakhir dari Pengetua

Bersalam dan berpelukan memohon restu


12 Nov 2009, Khamis. Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah benar-benar mengharukan. Ramai pelajar menitiskan air mata apabila guru-guru yang selama ini mendidik mereka dengan berbagai cabaran merestui dan mendoakan agar mereka beroleh kejayaan dalam Peperiksaan SPM 2009 seterusnya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Pelajar 5KM Elit harapan sekolah untuk Straight A's




11 Nov 2009, Isnin. Pelajar 5KM Elit seramai 7 orang menjadi harapan sekolah untuk menjadi pelajar cemerlang bagi SPM 2009. Semoga mereka semua berjaya dan mencapai apa yang diimpikan selama ini.

Sunday, November 8, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU & KAKITANGAN MERIAH!





Pengerusi Kelab EN Azman Ngah sedang menyampaikan ucapan.

7 NOV 2009, Majlis ini telah diadakan di Restoran Bangkok Kitchen geliga. Makanan yang disediakan boleh tahan dan majlis diserikan dengan ucapan dan hadiah cabutan bertuah. Hampir semua guru mendapat hadiah cabutan bertuah. Yang tak dapat jangan putus asa. Cuba lagi tahun depan. Cuma nak pesan kepada pengurusan baru tahun 2010, Kalau buat cabutan bertuah, pastikan semua guru dapat. Tak kesah hadiah kecik pun janji dapat. Apa pun tahniah kepada Pengerusi dan AJK 2009 di atas penganjuran majlis ini.

KUDAP - Pendidikan Rabbani

Ustaz Yusuf Pulau Manis sedang membantangkan kertas kerjanya.Sebahagian peserta kursus yang hadir.

7 Nov 2009, Satu program KUDAP telah diadakan dibawah penyelaras Cg Ramlah Bilal Ali. Hampir semua guru hadir ke program ini bagi mengikuti pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'PENDIDIKAN RABBANI". Pembentangannya ialah Al-Fadhil Usta Mohd Yusuf Bin Abd Razak atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Yusuf Pulau Manis.
Kursus ini lebih menekankan persoalan hati dan keikhlasan amal dan ibadah kita kepada Allah Swt. Juga memfokuskan soal akidah yang sering terpesong oleh kerana merasa diri mampu melakukan itu dan ini, hakikatnya semua adalah daripada Allah swt. InsyaAllah kursus ini akan diadakan untuk siri ke-2 memandangkan ianya mendapat respon yang baik dari peserta.

Sunday, November 1, 2009

Guru Baiki tandas sekolah, Hebat!




2 Nov 2009, Kelihatan dua orang guru SMT Kemaman sedang membaiki tandas guru dan staf yang rosak berhampiran bengkel kimpalan. Sesetengah laporan kerosakan yang dilaporkan kepada pihak sekolah langsung tidak ada tindakan susulan.
Bosan dengan karenah birokrasi, guru-guru ini mengambil inisiatif sendiri membaiki tandas demi kepentingan warga sekolah khususnya pengguna tandas di sini. Tahniah cikgu, mudah-mudahan Allah akan memberi ganjaran atas amal jariah cikgu ini.